Salju Biru

Isnin, 26 Mac 2012

Jerantut - Kubur Pahlawan Pahang Mat Kilau



Papan tanda mengesahkan kawasan perkuburan

Pengenalan Pahlawan Pahang :
Dilahirkan pada tahun 1865 atau 1866 di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut. Merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Bapanya adalah salah seorang Orang Besar Pahang, Imam Rasu yang turut dipanggil sebagai Tok Gajah dan ibunya bernama Teh Manda, anak kepada Tok Kaut, Burau. Mat Kilau semasa mudanya dikenali kerana kepandaian dan kemahirannya dalam Dikir Pahang, Jurumudi Gasing (orang terakhir memangkah gasing), Tukang Hencang (permainan berlaga buah keras) dan Tok Peran (ketua semasa berburu di hutan). Berkahwin ketika berusia 20 tahun dengan Yang Chik binti Imam Daud dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Beliau mempunyai pemikiran yang matang, terbuka, jujur namun tegas dalam keputusannya; malah disegani oleh pihak tempatan dan British.


Batu penanda yang menyatakan mengenai catatan ringkas Mat Kilau

Membantu dalam perjuangan Dato' Bahaman untuk membebaskan Pahang dari cengkaman British, bersama ayahnya tetapi gagal. Mereka terpaksa melarikan diri ke sempadan Siam dengan perlindungan politik daripada Sultan Terengganu. Beliau berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sehingga akhirnya menetap di Batu 5, Jalan Gambang, Kuantan. Beliau menggunakan beberapa nama antaranya Mat Din dan Mat Siam. Beliau juga sempat menyambut kemerdekaan pada tahun 1957, yang disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan olehnya; yang merupakan satu-satunya pejuang Pahang yang masih hidup ketika itu. Pada 26 Disember 1969, bersamaan hari Jumaat selepas selesai menunaikan Solat Jumaat, beliau mengumumkan bahawa dirinya adalah Mat Kilau di Kampung Masjid, Pulau Tawar.



Beliau meninggal dunia pada 10 Ogos 1970, iaitu 4 hari selepas pengesahan identitinya diisytiharkan secara sah oleh Menteri Besar Pahang. Ketika itu, beliau dipercayai berusia kira-kira 123 tahun. Jasad beliau disemadikan di kampung kelahiran beliau dan dipelihara dengan baik sehingga kini.


Jerantut - Tekam Plantation Resort



Kawasan tasik yang menjadi tumpuan kaki pancing

Mengenai Kawasan :
Tekam Plantation Resort menyediakan pelancongan berasaskan argotourism. Terletak secara strategik di kawasan perhutanan kecil di Jerantut. Educational Plantation Tours yang berkaitan dengan pendidikan atau lawatan akan diberikan bagi kumpulan yang besar.


Kawasan penginapan dan juga kolam renang yang terdapat di sini

Lokasi :
 216 km dari Kuala Lumpur, terletak berhampiran Gua Kota Gelanggi dan Gunung Senyum.


Penginapan yang selesa, luas dan nyaman untuk keselesaan pengunjung

Bagaimana Untuk Ke Sini :
Dari Kuala Lumpur - Melalui Lebuhraya Karak, terus ke Lebuhraya Pantai Timur dan keluar menerusi susur keluar Hentian Chenor, ke kanan menuju ke Bandar Pusat Jengka
Dari Maran atau Kuantan - terus ke Pekan Tajau menuju ke Bandar Pusat Jengka


Kawasan kolam renang yang bersih dan luas untuk aktiviti keluarga

Kemudahan :
Kesemua bilik dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin, televisyen dan alat pemanas air.
Chalet dilengkapi dengan katil berkembar (double bed), penghawa dingin, televisyen dan pemanas air panas dan sejuk. Kebersihan dan keselesaan diutamakan.
Kawasan persidangan dan jamuan dilengkapi dengan dewan dan kemudahan asas yang baik.
Cafeteria dan Coffeehouse merupakan tempat untuk pengunjung menikmati hidangan yang lazat dan berpatutan


Peminat-peminat golf juga boleh mengambil peluang mencuba kawasan golf yang luas terbentang

Aktiviti Yang Dijalankan :
Lawatan ke kawasan gua - pengunjung akan dibawa ke lawatan khas di kawasan gua terkenal iaitu Gua Kota Gelanggi, Gunung Senyum, ladang getah dan ladang kelapa sawit.
Lawatan sekitar kawasan penanaman - mempunyai dewan konvensyen dan fasiliti yang lengkap
Lapangan Golf (permainan dan pemanduan) - kawasan yang luas dan nyaman
Badminton, tenis, ping pong, bola tampar, sepak takraw dan bola sepak - terletak di kawasan rekreasi
Kayak dan menaiki bot - merentasi sungai yang berdekatan
Berenang di kolam renang - untuk suasana yang tenang dan beriadah bersama keluarga
Perkhidmatan karaoke pada waktu malam - memilih lagu dan berhibur bersama keluarga
Berkhemah - kawasan berhampiran dengan Taman Negara Pahang


Pengunjung juga boleh berkayak di kawasan tasik yang berdekatan

Bayaran (sehingga 31 Disember 2012) :
Bilik Superior (termasuk sarapan pagi) - RM138.00
Chalet Standard (termasuk sarapan pagi) - RM169.00
Bilik Deluxe (termasuk sarapan pagi) - RM169.00
Bilik Keluarga (termasuk sarapan pagi) - RM179.00
Bilik Deluxe Tower (termasuk sarapan pagi) - RM208.00
Chalet Deluxe (termasuk sarapan pagi) - RM218.00
Suit Eksekutif (termasuk sarapan pagi) - RM269.00


Jerantut - Taman Negara Kuala Tahan



Kawasan jeti di pekan Kuala Tembeling; tempat untuk mendapatkan perkhidmatan bot

Maklumat Berkaitan :
Taman hujan tropika yang mempunyai beberapa gua kapur, iaitu Gua Telinga dan Gua Kepayang Besar. Malah mempunyai beberapa jenis tumbuhan seperti Bumbum Tebing dan Bumbum Blau. Berkeluasan 4, 343 km/persegi. Jalan masuk ke taman negara ini adalah melalui pekan Kuala Tembeling. 


Kawasan Sungai Keniam, tempat tumpuan pemancing ikan

Lokasi :
Setiap pengunjung mesti melalui pekan Kuala Tembeling yang terletak 26 km dari bandar Jerantut. 
Jalan air menggunakan bot dari jeti Kuala Tembeling, yang mengambil masa selama 3 jam atau 56 km untuk ke Taman Negara.
Jalan darat menggunakan kenderaan pacuan 4 roda terus ke Kuala Tahan dari Felda Padang Piol selama 1 jam.


Kawasan jeti sementara untuk dijadikan kawasan riadah

Aktiviti Yang Dijalankan :
Aktiviti pendakian ke Gunung Tahan (turun/naik) - memakan masa selama 9 hari (bergantung kepada aktiviti yang terpilih)
Aktiviti memancing ikan - kawasan Sungai Keniam adalah kawasan lubuk ikan
Aktiviti merentas kawasan taman negara - terdapat Gua Daun Menari (Kuala Keniam) dan Gua Telinga, canopy walkway (jambatan yang dibina daripada tali, jaring, kayu dan kabel setinggi 25 meter dari paras tanah sepanjang 400 meter)


Kawasan jejantas yang terdapat di kawasan taman negara

Kemudahan Yang Boleh Didapati :
Penginapan sebanyak 117 buah bilik (termasuk chalet)
sebuah asrama (64 orang)
visitor lodge di Kuala Terenggan dan Kuala Kenyam
kawasan perkhemahan di Kuala Tahan dan Kuala Keniam
sewa khemah dan kelengkapan perkhemahan dari pihak pengurusan
kemudahan mengadakan seminar, kursus dan sebagainya di Dewan Bayan Nuri (300 orang)

Senarai Agensi Yang Terlibat :
NKS Travel & Hotel, Mutiara Taman Negara dan Taman Negara Resort

Hubungi :
Mutiara Taman Negara, 
Kuala Tahan, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur
No.Tel: 09-2663500 / No.Faks: 09-2661500
E-mail : fomtn@mutiarahotels.com  Laman Web : http://www.mutiarahotels.com

Pesona Village Resort, 
Taman Negara, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur
No.Tel:09-2669696 / 2662622 / 2662622
No.Faks : 09-2671196

Teresek View Motel, 
Taman Negara Kuala Tahan, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur
No.Tel : 09-2602720 / 09-2602721  No.Faks : 09-2602722

Rainforest Resort Taman Negara, 
P.O.Box 76, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur
No.Tel : 09-2667888 / 7241 / 7637
No.Faks : 09-2672352
E-mail : resvns@rainforest-tamannegara.com
Laman web : http://www.rainforest-tamannegara.com

Woodland Resort
No.Tel : 09-2661111

Agoh Chalet
No.Tel : 09-2663500

Ekoton Chalet
No.Tel : 09-2669897

Homestay Sg.Tekah (Rumah)
No.Tel : 09-2669322

Liana Hostel
No.Tel : 09-2669322

Nusa Camp
No.Tel : 09-2662369

Tahan Guest House
No.Tel : 09-2667752

Jerantut - Lembah Kiol



Pengunjung sedang bermandi manda di Lata Meraung yang terdapat di Lembah Kiol

Maklumat Berkaitan :
Dikelilingi oleh Hutan Hujan Tropika, malah mempunyai air terjun yang dipanggil Lata Meraung. Kawsan ini menjadi kawasan perkelahan, alam semulajadi, seni tanam landskap, tempat memancing, paver footpaler, tangga dan tempat beriadah dan juga kegiatan sukan. 

Lokasi :
23 km dari bandar Jerantut, menuju ke jalan Benta-Jerantut.


Kawasan Lata Meraung yang menjadi tumpuan pengunjung

Nota :
Kemudahan kedai makanan tiada di kawasan ini. Sila bawa makanan dan minuman sendiri. Pada musim panas, air sungai cetek dan jika musim hujan, kawasan ini berbahaya untuk didekati.

Jerantut - Gua Kota Gelanggi



Bahagian hadapan Gua Tongkat, iaitu salah satu gua yang terdapat di sini

Perkara Berkaitan :
Setiap gua di sini dikenali dengan nama-nama kota iaitu Kota Tongkat, Kota Kepayang, Kota Rehut, Kota Gelap, Kota Angin, Kota Jin dan Kota Bata. Gua ini seringkali dikaitkan dengan kehidupan masyarakat bunian (makhluk halus) dan juga Sang Kelembai, makhluk sakti yang gemar menyumpah sesuatu menjadi batu. Di sini terdapat pelbagai bentuk batu yang menyerupai seperti manusia sedang bersanding, ular, singa dan sebagainya. Pada 1981, terdapat ekspedisi arkeologi telah dijalankan oleh Muzium Negara yang menunjukkan bukti kewujudan manusia zaman purba yang pernah menetap di sana. Gua ini juga dikatakan merupakan tempat persembunyian Maharaja Dewa Sura (pemerintah yang diangkat oleh Siam untuk memerintah Pahang) apabila diburu oleh angkatan Sultan Mansur Shah pada abad ke-15. Malah, pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau dan Datuk Bahaman juga dikatakan pernah berlindung di sini sebelum bertolak ke Terengganu untuk menyembunyikan diri daripada British. Tempat ini berhampiran dengan Kampung Pulau Tawar, iaitu tempat kelahiran Mat Kilau.


Sebahagian gua yang terdapat di sini

Asal-Usul Kewujudan Kota Gelanggi :
Dipercayai nama Kota gelanggi berasal daripada perkataan Siam iaitu Klang Kio atau Gelang Gio.

Lagenda Berkaitan Kota Gelanggi :
Kawasan ini pada zaman dahulu diperintah oleh seorang Raja bernama Raja Gelanggi yang mempunyai seorang puteri yang cantik dan menawan. Anak Raja Mambang yang berasal dari Lipis telah melamar puteri tersebut, namun puteri pula telah jatuh cinta dan bersetuju untuk mengahwini anak Raja Usul yang berasal dari Bera yang ditemuinya ketika anak Raja itu berburu di hutan. Perkara ini diketahui oleh anak Raja Mambang yang kemudiannya melanggar kerajaan Bera. Akhirnya kemenangan berpihak pada anak Raja Usul yang berjaya membunuh anak Raja Mambang, dan berkahwin dengan puteri Gelanggi.


Keunikan reka bentuk gua yang menarik perhatian pengunjung

Lokasi :
Terletak kira-kira 25 km dari bandar Jerantut, dengan menaiki kereta.


Bahagian dalam gua apabila diterangi cahaya luar

Perkara Unik Di Sini :
Terdapat pelbagai jenis gua yang dinamakan sempena dengan 'sumpahan' Sang Kelembai, iaitu Gua Tongkat, Gua Angin, Gua Batu Sanding, Gua Kota Balai, Gua Penyu dan Gua Kelawar.


Pesanan Kepada Semua Blogger

Mood Seharian Hamba