Salju Biru

Rabu, 28 Mac 2012

Bera - Tasik Bera



Kawasan tasik yang sangat tenang dan nyaman terutama selepas musim hujan

Maklumat Berkaitan :
Terletak di barat daya Pahang, Tasik Bera adalah sebuah sistem tasik air tawar sepanjang 35 km dan selebar 20 km yang mengalir ke Sungai Pahang melalui Sungai Bera. Kawasan ini dikelilingi hutan dipterokarp tanah rendah yang kering, persekitaran tasik ini mencapai kawasan-kawasan hutan paya gambut. Kawasan ini juga merupakan tempat tinggal orang Asli suku Semelai yang menduduki kawasan tanah lembab. Kawasan ini menjadi fokus kajian saintifik dan dilindungi di bawah undang-undang kerajaan Malaysia dan antarabangsa.

Lokasi :
Terletak di kawasan selatan Pahang, bersempadanan di antara negeri Johor dan Pahang.


Kawasan jeti bagi mengangkut pengunjung ke kawasan tasik

Bagaimana Untuk Ke Sana :
Laluan Pertama - Melalui Lebuhraya Karak dan keluar menerusi susur keluar Hentian Temerloh. Kemudian menuju ke bandar Kerayong dan mengikuti papan tanda yang telah disediakan pihak Majlis Perbandaran Daerah Bera.
Laluan Kedua - Melalui jalan daripada Seremban, Kuala Pilah dan Bahau; kemudian ke Ayer Hitam dan menuju ke Muadzam Shah. Mengikuti papan tanda yang telah disediakan oleh pihak MPDB.
Laluan Ketiga - Menaiki Kereta api dan berhenti di KTM Triang. Menaiki teksi ke bandar Kerayong atau terus ke Tasik Bera

Waktu Lawatan :
Waktu terbaik adalah selepas musim hujan; iaitu setelah berlakunya musim kering pada bulan Februari-April dan Jun-Ogos.


Kemudahan homestay yang mana sebahagian besar penduduknya mampu berbahasa Inggeris dengan baik

Apa Yang Menarik Di Sini :
Tempat perlindungan lebih 200 spesis burung, 50 mamalia dan 90 spesis ikan.
Kawasan hutan rendah kaya dari segi biologi dengan kepelbagaian, menjanjikan peluang yang banyak untuk aktiviti 'jungle tracking' dan pemerhati semulajadi.

Aktiviti Yang Dijalankan :
Menaiki bot, berkayak, memancing, menjelajah hutan dan homestay di dalam orang Asli suku Semelai

Kemudahan Yang Disediakan :
Penginapan disediakan dengan chalet, rumah rehat dan perkhemahan yang mampu memuatkan seramai 20 orang; iaitu di Persona Lake Resort

Raub - Pulau Chekas



Kawasan perkelahan yang sangat dikenali di kalangan penduduk berhampiran

Maklumat Berkaitan :
Pulau Chekas mendapat namanya apabila sebuah daratan terbentuk di tengah laluan air sungai. Laluan air sungai yang terbahagi dua ini adalah keunikan Pulau Chekas. Di sebelah daratan Pulau Chekas ini terdapat alur sungai berbatu dengan air yang mengalir sederhana deras. Di sebelah kiri daratan Pulau Chekas ini pula, alirannya lebih tenang dan kurang berbatu.


Kawasan jejantas yang menghubungkan antara dua kawasan

Lokasi :
Terletak beberapa kilometer dari Kampung Tradisional Pamah Kulat. 15 minit perjalanan dari bandar Raub.


Kawasan air yang sangat jernih dan tenang

Kemudahan Yang Disediakan :
Tandas awam, bilik menyalin pakaian, pentas mini, tempat perkhemahan dan berkelah, dataran kecil untuk aktiviti kekeluargaan dan kolam buatan yang menpunyai papan gelungsur (kanak-kanak)


Pesanan Kepada Semua Blogger

Mood Seharian Hamba