Salju Biru

Kamus Bahasa Pahang


    Sepertimana di negeri-negeri lain, negeri Pahang juga mempunyai dialek yang tersendiri dan mengikut daerah yang terdapat di Pahang. Keseluruhannya, penggunaan dialek yang digunakan adalah hampir sama; tetapi bergantung kepada keadaan muka bumi dan persekitaran budaya masyarakat Pahang di sesebuah daerah. Terdapat sedikit perbezaan dialek dari kawasan Hulu Pahang, Tengah Pahang dan Hilir Pahang. Penggunaan dialek ini jarang diketengahkan di luar dari kawasan Pahang, menjadikannya bahasa yang terpencil dan kurang popular berbanding dialek Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Laras bahasa Pahang ini hanya digunakan ketika berbicara sesama senegeri atau ketika berada bersama golongan tua (warga emas) yang mana kurang arif dalam penggunaan Bahasa Melayu Moden. Orang Pahang boleh dikenalpasti menerusi dialek bahasa permulaannya yang menggunakan kata ganti diri nama 'koi', 'kome' atau 'kas' untuk melambangkan makna 'saya' atau 'aku'. Mari kita kenali laras bahasa unik ini!

SILA TEKAN BAB UNTUK MELIHAT PAPARAN SETERUSNYA















Tiada ulasan:

Pesanan Kepada Semua Blogger

Mood Seharian Hamba