Salju Biru

Selasa, 27 Mac 2012

Raub - Lata Jarum



Papan tanda memasuki Lata Jarum

Maklumat Berkaitan :
Kawasan ini terletak berhampiran kawasan perkelahan Pulau Chekas dan mempunyai keindahan alam semulajadi yang masih belum diusik.


Kemudahan asas yang disediakan di sekitar kawasan

Lokasi :
2 km daripada kawasan perkelahan Pulau Chekas


Kemudahan Yang Boleh Didapati :
Tandas awam, bilik menyalin pakaian, surau, kawasan tempat berkhemah, bangku, dewan dan kafetaria


Kawasan air terjun yang indah dan bersih untuk dinikmati oleh umum

Penginapan Yang Disediakan :
Bermalam di dalam khamah yang disediakan atau di dalam chalet yang dibina daripada buluh

Aktiviti Yang Dijalankan :
Jungle tracking, bersantai, berkelah, mandi-manda dan bermain bola air


Raub - Jeram Besu



Air terjun yang terdapat di kawasan ini

Maklumat Berkaitan :
Kawasan destinasi yang menarik dan dikenali di dalam dan luar negara. Kawasan ini sesuai bagi mengadakan pelbagai aktiviti lasak seperti berkhemah, berakit, berkanu, berkayak, merentas hutan dan sebagainya.

Lokasi :
Terletak di Sungai Lipis, 6 km dari bandar Benta dan 30 km dari bandar Raub

Kemudahan Yang Disediakan :
Rumah Istirehat, tempat menyewa kanu dan kayak dan gerai makan

Raub - Bukit Fraser



Kawasan berhampiran dan juga jam yang menandakan kawasan Bukit Fraser

Maklumat Berkaitan :
Merupakan tempat perlancongan yang unik kerana suhu sejuknya kira-kira 17-24 darjah celsius. kawasan ini mendapat nama dari pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser. Beliau dikaitkan sebagai pengeluar dadah opium dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.


Peta menunjukkan kawasan persekitaran Bukit Fraser secara keseluruhan

Keistimewaan :
Kawasan ini dijaga dengan rapi dan juga keseluruhan bangunan lama di kawasan peranginan ini masih utuh dan cantik mengikut seni bina kolonial British.


Kawasan pekan yang terdapat di Bukit Fraser yang masih mengekalkan reka bentuk kolonial British

Sejarah :
Kawasan ini pernah menjadi penempatan Kolonel Pertama Tanah Melayu yang dibunuh oleh pihak komunis di selekoh berhampiran Bukit Fraser


Kawasan air terjun berhampiran

Kemudahan Yang Disediakan :
Taman Burung, tempat bermain golf, kawasan penginapan, tempat memancing, berkayak

Pengangkutan :
Kereta - Dari Jalan Kubu Baru, ambil jalan sehala menuju ke Bukit Fraser sepanjang 8 km dan berliku-liku
Bas - Menaiki bas di Stesen Bas Puduraya (KL) menuju ke Kuala Kubu Baru, dan kemudian menaiki sebuah bas lagi dari Kuala Kubu Baru ke Bukit Fraser pada jam 8.00 pagi dan 2.00 petang.

Bentong - Perkampungan Janda Baik



Pemandangan pada waktu pagi di Perkampungan Janda Baik

Maklumat Berkaitan :
Kawasan ini telah didirikan dengan beberapa kem latihan berbentuk eko resort yang menjadi tumpuan pihak swasta, kumpulan pekerja, persatuan dan pelajar-pelajar untuk mengadakan latihan dan program motivasi. Berlatarbelakangkan suasana perkampungan yang berhawa sederhana dingin ini agak berbeza dengan kampung-kampung lain kerana menjadi tempat tumpuan orang-orang kenamaan untuk berehat di musim cuti dan hujung minggu.


Kawasan yang sangat indah dan ceria

Kemudahan Yang Disediakan :
Penginapan - Secara homestay dan chalet.
Rekreasi - Padang golf dan lot-lot komersil, serta game resort.


Kemudahan asas dan pemandangan persekitaran yang selesa dan nyaman

Kemudahan Dan Resort Yang Disediakan :
D'Ark Training & Resort Sdn.Bhd (Percutian & Latihan) - 30 chalet, kedai mini, mini lounge, perpustakaan, surau, dewan kuliah, tapak perkemahan dan kawasan rekreasi
Latto Carok Chalet Kg Cheringing (Percutian & Memancing) - 8 chalet dan sebuah mini cafe
Seri Dinar Training Retreat, Kg. Sum Sum (Latihan/Persidangan/Kursus/Percutian Keluarga) - 10 chalet eksekutif, 8 chalet standart, 8 studio, 1 dewan konvensyen, 1 bilik kuliah, 1 bilik apartment, 1 bilik seminar, 1 restoran dan tapak perkhemahan
D/Cheringing, Kg. Cheringing (Percutian) - 10 chalet
ABC Training, Kg. Chemperoh (Kem Latihan Motivasi) - 8 chalet, 1 dewan keraian, tapak perkhemahan dan kemudahan rekreasi
Kem Wira Waja, Kg.Chemperoh, Janda Baik (Kem Latihan Motivasi) - 15 chalet, mini mart, surau, tapak perkhemahan dan kemudahan rekreasi
Wadi Al-Hussein, Kg. Chemperoh (Perkelahan) - Teratak Terbuka Alur Semulajadi


Bentong - Genting Highland



Kawasan persekitaran Taman Tema Genting yang luas menerusi ruang udara

Maklumat Berkaitan :
Kawasan ini adalah berketinggian sehingga 6,000 kaki di atas paras laut telah menjadikan tarikan antarabangsa dengan jumlah pengunjung pada thun 2003 seramai 15.4 juta orang. Pengurusannya adalah di bawah Resorts World Berhad kecuali tanah-tanah bukan milik Genting Highlands Berhad


Bagaimana Untuk ke Sana :
Kereta/ Bas - Hanya 50 km dari Kuala Lumpur dan memakan masa 1 jam


Permainan yang menarik di dalam Taman Tema ini

Kemudahan Yang Disediakan :
Penginapan - Diuruskan oleh Resort World dan terbahagi kepada 6 buah hotel iaitu First World Hotel, Genting Hotel, Highlands Hotel, Resort Hotel, Theme Park Hotel, Ria Apartment dan Awana Hotels & Resort.
Dewan konvensyen /seminar/mesyuarat - Genting International Convention Centre (GICC) yang boleh memuatkan seramai 6,000 orang.
Hiburan - 500 jenis permainan untuk keluarga di Taman Tema, First World Hotel, Genting Hotel dan panggung wayang (Cineplax)
Membeli-belah - Gabungan 6 tema gedung di bawah satu kompeks iaitu Times Square, Universal Walk, London, Venice, Champs Elyess dan Genting Walk
Kawasan Rekreasi - kawasan rekreasi semulajadi, Bukit Tinggi Golf & Country Club dan Japanese Tea House Garden


Pesanan Kepada Semua Blogger

Mood Seharian Hamba