Salju Biru

Jumaat, 3 Ogos 2012

Rompin - Taman Negera Endau / Rompin



Batu tanda yang menyambut kedatangan pengunjung ke kawasan ini

Maklumat Berkaitan :
 Salah satu daripada sebilangan kecil hutan hujan tropika tanah pamah di Malaysia. Kawasan ini berkeluasan 50,000 hektar dan dianggarkan berusia sekitar 250 juta tahun. Kawasan in terkenal dengan mitos lagenda masyarakat setempat yang menjadi turut menjadi tarikan utama pelancongan di sini. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan unik seperti keruing, meranti, paku-pakis, periuk kera dan orkid hutan. Antara hidupan liar di sini pula adalah harimau Malaya, gajah, babi hutan, badak sumbu Sumatera, binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon). Terdapat juga air terjun antaranya Air Terjun Buaya Sangkut, berketinggian 120 meter.


Kawasan air terjun yang berdekatan dengan tapak perkhemahan Upeh Galing

Lokasi :
Terletak di kawasan sempadan atau legeh Sungai Endau dan Sungai Rompin, yang mana merupakan sempadan di antara negeri Pahang dan Johor.
Dari Kampung Peta - menaiki bot kecil selama 40 minit untuk tiba di kawasan perkhemahan Kuala Jasin.
Air Terjun Buaya Sangkut - berjalan kaki selama 6 jam.


Kawasan Tasik Biru yang menjadi salah satu tarikan pengunjung

Kemudahan :
Perkampungan orang Asli Jakun (homestay), tapak perkhemahan di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Galing dan Kuala Marong, pusat pertanyaan, tandas awam dan surau.


Tapak perkhemahan yang disediakan untuk keselesaan pengunjung

Waktu pembukaan :
Dibuka sebelum musim hujan iaitu sebelum bulan November sehingga Mac.
Pada musim ikan bertelur pada bulan September hingga Oktober pula, pengunjung tidak dibenarkan memancing ikan.


Aktiviti berkayak merupakan aktiviti yang wajib dijalankan oleh pengunjung

Aktiviti :
Berkhemah, pengembaraan / berjalan di dalam hutan, memancing, berkayak, memanjat bukit, berbasikal lasak dan mandi manda

Rompin - Pantai Hiburan



Papan tanda menunjukkan Selamat Datang kepada pengunjung

Maklumat Berkaitan :
Berdekatan bandar Kuala Rompin, berada di dalam laluam Johor Bharu ke Kuantan. Kedudukannya juga berdekatan dengan Rompin Beach Resort.


Kawasan istirehat dan tempat letak kereta berhampiran pantai

Lokasi :
2 km dari bandar Baru Rompin


Kawasan pesisir pantai yang bergemulung ombak putihnya

Kemudahan :
Gerai makanan segera dan masakan panas, kemudahan reakreasi dan tandas awam.



Gerai makanan yang disediakan untuk kemudahan pengunjung

Kuantan - Natural Batik Village



Susunan kawasan jualan barangan-barangan yang diperbuat daripada batik (boleh beli)

Maklumat Berkaitan :
Sebuah perniagaan dan juga kawasan pembuatan batik di negeri Pahang. Mempunyai banyak pilihan berkaitan dengan kraf tangan batik, daripada kain sehinggalah kepada pakaian, saguhati dan juga cenderamata. Dikendalikan oleh pengusaha En Ghazali dan juga Pn Lee. Merupakan sebuah tempat pembuatan hasil kraftangan batik, sama ada untuk pemasaran bagi kawasan berhampiran Kuantan atau untuk lawatan pelancongan. Kawasan ini juga merupakan salah satu kawasan pilihan pelancongan di negeri Pahang.

Lokasi & Alamat :
Lot 4898, Batu 9 1/2, Jln Kemaman, Kampung Chengal Lempong, 26100 Balok, Kuantan, Pahang Darul Makmur


Program melukis / membuat batik turut disediakan (boleh diminta oleh pengunjung dalam atau luar negara)

Kemudahan :
Restoran (Ditutup pada setiap Jumaat), surau, tandas, galeri seni batik (boleh membeli karya yang dipamerkan), ruang jualan dan ruang studio pembuatan batik. Pelancong juga boleh dapat menjalankan aktiviti melihat proses pembuatan batik dan program membuat /melukis batik.


Hasil batik yang hampir selesai disiapkan oleh pereka batik yang terlatih

Bayaran :
Aktiviti melihat proses pembuatan dan program membuat / melukis batik - tidak diketahui, terdapat dalam pakej yang disediakan

Waktu pembukaan :
Isnin - Ahad (9 pagi sehingga 7 petang)

Nota :
No.Tel / No.Fax - 095447335
Laman Web - www.batikfactory.com.my
E-mail - naturalbatik@yahoo.com

Kuantan - Taman Teruntum



Papan tanda Zoo yang diletakkan berhampiran kandang Beruang Madu (Honey Bear)

Maklumat Berkaitan :
Taman Teruntum telah diwujudkan untuk menjadi tempat reakreasi untuk warga kota Kuantan selain Pantai Teluk Chempedak. Kawasan ini merupakan gabungan taman dan zoo mini, di mana disediakan segala kemudahan reakreasi dan juga kawasan penyimpanan / kandang haiwan. Haiwan yang terdapat di sini dibawa daripada zoo berhampiran.

Lokasi :
Terletak berhampiran dengan Pantai Teluk Chempedak.



Kemudahan reakreasi yang disediakan oleh pihak MPK

Kemudahan :
Gerai makanan dan minuman, tandas awam, pengangkutan kuda (kuda padi), kawasan riadah dan zoo mini.
Boleh bergambar dengan spesis ular sawa kuning dan ular bakau yang disediakan.



Kemudahan untuk menaiki kuda padi juga disediakan (berdekatan pintu masuk taman)

Bayaran :
Masuk adalah percuma
Bayaran sebanyak RM5 untuk menaiki kuda padi (bagi kanak-kanak) dan RM10 (dewasa)



Penulis bersama dengan ular sawa kuning - bayaran dikenakan untuk bergambar dengannya

Waktu pembukaan :
8.00 pagi sehingga 5.00 petang (Selasa - Ahad)
Cuti (Isnin)

Kuantan - Taman Bakau



Kawasan taman bakau yang masih belum diterokai

Maklumat Berkaitan :
Taman Bakau merangkumi kawasan seluas 339 hektar akan memberi anda pengalaman menikmati keindahan alam 'hijau' di sepanjang Sungai Kuantan. Dipercayai telah wujud sejak 500 tahun lalu.

Lokasi :
Terletak di tengah-tengah bandar Kuantan dan boleh dibawa ke sana menggunakan perkhidmatan bot.

Kemudahan :
Pengunjung boleh membuat 2 jarak pilihan, iaitu sejauh 250 meter dan 750 meter dan dikenakan bayaran yang berpatutan. Terdapat sebuah menara pemerhati setinggi 40 meter, bagi melihat pemandangan persekitaran dengan lebih dekat, terutama spesis flora dan fauna yang hidup dalam ekosistem paya bakau.


Kuantan - Pantai Cherating



Kawasan pesisir pantai Cherating yang bersih dan lautan yang membiru

Maklumat Berkaitan :
Kampung lama Cherating menggabungkan unsur-unsur lama dengan yang moden. Sebatang jalan sepanjang kira-kira 1 km selari dengan pantai di sini dipenuhi deretan chalet yang comel dan selesa yang kebanyakannya menghadap pantai. Kampung ini turut digelar sebagai "Syurga Peluncur" sejak tahun 1970-an.



Kawasan bermain bola pantai yang telah disediakan

Lokasi :
Terletak di pesisir pantai selepas Pelabuhan Kuantan, iaitu sebelum menyeberangi sempadan antara negeri Pahang - Terengganu. 



Pengunjung yang berminat untuk meluncur juga boleh melepaskan gian dengan menyertai kegiatan yang telah disediakan. Malah boleh bertukar-tukar pengalaman dengan peminat sukan luncur yang banyak berkumpul di kawasan ini, sama ada dari dalam atau luar negara yang turut bercuti di sini

Kemudahan :
Pelbagai tempat penginapan di sepanjang pesisir pantai Cherating, kombinasi ombak laut yang bergulung (sesuai untuk aktiviti meluncur air), pantai yang bersih dan putih, pelbagai pilihan tempat untuk memakan makanan / masakan laut yang murah dan lazat serta hiburan malam yang istimewa (tersedia di kawasan tempat penginapan dan terdapat dalam pakej penginapan sedia ada)


Kawasan pantai yang bersih dan nyaman menanti untuk dilawati

Selasa, 22 Mei 2012

Moh Belajo Cakap Pahang! - Bab 13 (S, T, U, W & Y)


S

1.  Sayap : Tipu

2.  Sesemut : Kebas kaki

3.  Senyour : Kebas kaki

4.  Seronyih : Serabut, tak kemas, tak seperti keadaan asal

5.  Semonyeh : Makan makanan tidak cermat atau kerja tidak sempurna

6.  Sempelit : Kotor
    Contoh : Budak tu sempelit dengan tanah

7.  Sangei : Tudung saji

8.  Sengkawang :

9.  Sengkelen : Duit siling/pulas tangan kebelakang

10.   Sempelet : Kotoran di badan

11.   Se'eh : Kenyang yang teramat sangat
        Contoh : Se'ehnya perot kawan ni. Rase macam  tok leh nok bangun doh!

12.   Sokmo : Selalu
        Contoh : Ler....sokmo nye aku yang kena buat..pemalas betul budak nie!

13.   Setoho : Di sana

14.   Seman (sebutan dengan seiman) : Terkena badi/kenan

15.   Sepolit : Tinggal sedikit

16.   Sekeceng : Tidur sekejap sangat

17.   Sakat  : Kandas/tersekat pergerakan perahu/bot.dalam air dek kerana pasir

18.   Safa/Pundung :

19.   Sepulo : Setempat
        Contoh : Cuba letak benda tu sepulo supaye senang nak kira

20.   Senyo : Kebas sesemut
        Contoh : Senyo kaki kome sebak sangat bersila weh!

21.   Senalo : Selalu/sentiasa
        Contoh : Matnyer dia tu senalo datang lambat bila kenduri

22.   Sekelidat : Sepantas kilat/sekelip mata
        Contoh : Maghu beto weh! Tak dan sekelidat dia dah pegi!

23.   Some’ : Kilang kayu / kawasan berdekatan kilang kayu
        Contoh : Boh, koi keluar pegi some’ kejap!

24.   Sipoh : Nama pendek untuk panggilan Syarifah (Pekan)



T

1.  Taruk : Letak

2.  Tea'endok : Tidak mahu (Jerantut, Lipis dan Raub)

3.  Tekeh : Sekeh/ketuk/pukul dengan belakang gengaman tangan

4.  Tawor hebe : Tawar sangat

5.  Tekeih : Sikit lagi
     Contoh : Tekeih dah no kena ikan tadi

6.  Tohor : Cetek
     Contoh :Lor....mek nya tohor ngat air sungei nie

7.  Tertomos : Jatuh tersembam, tersungkur

8.  Tembe :Lembik, lemah, manja

9.  Tok : Tidak
     Cth : Tok makan lagi la..kawan lapo nie

10.   Tebal bakut : Sangat tebal

11.   Tengoh : Tengah / Kawasan tengah (belah Temerloh)

12.   Tadi : Maknanya mungkin kejadian sebelum kita bercakap dengannya, bukan baru
                   berlaku.mungkin juga hal dah lama jadi
        Contoh : Arwah tadi  masa hidupnya suruh  jaga bebeto kebunnya. (Walhal yang
                       meninggal tu dah 3-5 tahun  lepas)

13. Tak Kelulu : Tabiat orang yang tak berfikir dahulu, atau kurang disiplin
       Contoh : Tak kelulu sungguh budak te, habis tumpah air depan hidang tok empat


U

1.  Ulu  : Hulu sungai / kawasan hulu ( belah Lipis, Jerantut)



W

1.  Wabe/bala/papalih : Lebih kurang la makna tiga perkataan tu.



Y

1.  Yas : Macam itu (kata seru)



Moh Belajo Cakap Pahang! - Bab 12 (P & R)


P

1.  Pane : Sunyi sepi / bodoh / tak tahunya
     Contoh : Bakpe pane sangat budok te?

2.  Penek / pandok : Pendek

3.  Pedooh' : Tipu
     Contoh : Aok jangan nak mempedooh' ke koi. Nampok ngat la aok yang ngambiknye!

4.  Paluh : Air sungai yang terkepung dek pasir (air tak mengalir)

5.  Pundung/safa : Rumah kecil yang dibuat untuk berehat seperti tepi sawah,kebun durian
                                dan sebagainya

6.  Pepalih : Ishh, teruknye
     Contoh : Pepalih aok ngape buat gitu?

7.  Podot : Sumbat
     Contoh : Kadir.kalau tok muat jugak, aok podot je la baju  tu dalam beg koi ni

8.  Perintan : Keadaan, masa

9.  Polok : Gelojoh

10.   Palor : Biar

11.   Papalih/Bala/Wabe : Selalu guna depan ayat (tak ada makna tetap)

12.   Punggur : (Maaf, tak ada makna)

13.   Pinohpalih : Cemas
        Contoh : Ish, pinohpalih beto weh, nasik tak kena lastik bebudok tu

14.   Peda : Budu
        Contoh : Kome makan nasi dengan peda aje ari ini weh!

15.   Pesut : Bocor
        Contoh : Yaaaah, matnyer tayo  moto kome pesut pulok!

16.   Pelangkor : Kilat /rebut petir (Lipis, Benta dan Jerangsang)
        Contoh : Maaf tok penghulu, keh tak dapat keluar malam tadi, pelangkor kuat sangat



R

1.  Rodong/ghodong : Kengkawan
    Contoh : Mok, koi nok keluor kejap jumpa ghodong. Lame doh tak jumpe seme

2.  Racik : Jerat ayam hutan

3.  Ralit : Kusyuk
     Contoh : Maaf la koi lambat bangun...malam tadi ralit ngat nengok bola.

4.  Rege : Harga
     Contoh : Pok cik! Brape rege ikan ni seko?

5.  Rompung : Habis sebahagian
     Contoh : Kerete itu rompung beloh (bahagian) hadapan.

6.  Rabet : Koyak

7.  Rebat / merebat : Hujan mula-mula, lari semua

8.  Rukas (Ghukas): Cakar
     Contoh : Ghaban beto weh, habis tangan kaweh kena ngukas dek kucing!

Rabu, 2 Mei 2012

Moh Belajo Cakap Pahang! - Bab 11 (N & O)


1.  Nyayup : Tinggi sangat di atas atau bawah sangat
     Contoh : Takutnye kome! Tinggi nyayup betoi KL Tower nie!

2.  Nyuluh : Operasi buru binatang hutan pada malam hari

3.  Ngilir : Menghala ke hilir sungai.(dengan bot/perahu) secara perlahan

4.  Ngonyoh : Gosok dengan kasar
     Contoh : Moh sini aku ngonyoh bende alah te!

5.  Nyeraya : Suruh

6.  Ngape : Mengapa
     Contoh : Ngape bio semok?


1.  Oteing : Pening
     Contoh : Pah palih! Oteing paler kawan nak buat mende ni!

2.  Omis : Kuat berleter
     Contoh : Adoi! Omis benor aok nieh!

Moh Belajo Cakap Pahang! - Bab 10 (M)


1.  Moh : Jom,mari

2.  Mok : Mak

3.  Mengelice : Mengelupur
     Contoh : Ce aok nie duduk elok siket. Mengelice je dari tadi!

4.  Menikei/kenikei : Buah tembikai

5.  Meleweh : Bercakap macam nak tak nak

6.  Mereloh : Tidur

7.  Meronoh : Buang air besar

8.  Membute : Tidur

9.  Mencayak : Laju sangat bawa motor

10.   Mengelentat : Mengada-ngada, seksi
        Contoh : Nyampoh koi nengok Zaki nu! Mengelentat betoi!

11.   Merohong : Wangi sangat
        Contoh : Bakpe bau merohong ni? Aok pakei minyak wangi sebotoi ke Jejai?

12.   Melantong : Busuk sangat
        Contoh : Belakang ghumoh sane tu baunye.....melantong sampei ke ngumoh kite ye, Nab?

13.   Merebang/mengerebang : Rambut tak terurus
        Contoh : Tekedang koi sekejap nengok anoknye si Sahak te...merebang je!

14.   Merening : Benda yang nak pecah (bulat)
        Contoh : Eiii...nanoh wokme nie dah merening betoi nampoknye

15.   Meraban : Tak tentu hala
        Contoh : Yang kome cakap meraban tu bakpenye?

16.   Menginding : Mendekati secara diam-diam, berdampingan
        Contoh : Kemain lagi adik aok te, dok menginding je ke mok aok

17.   Mengekelan : Tercekik(berkaitan dengan makan)

18.   Mengkone : Ke mana-mana

19.   Merarau : Tanya orang tembeling..makna

20.   Menggeledeng : Pergerakan badan yang terlebih-lebih (agak gatal sikit)
        Contoh : Bakper menggeledeng sangat ni?

21.   Merahang :

22.   Masam Menaung : Masam sangat

23.   Masam mencekut : Masam sangat

24.   Merepih : Mencangkul rumput

25.   Mengopeh : Suka pegang sana-sini, tangan tak duduk diam
        Contoh : Koi ketuk jugak tangan aok ni karang....mengopeh je kejenye!

26.   Merepau : Jalan dalam hutan tanpa tujuan

27.   Melengger : Hampir masuk air.contohnya perahu yang hampir nak dimasuki air

28.   Merabung : Kuantiti yang banyak.nasi sepingan rabung

29.   Mengoteh, meroteh : Tangan tak duduk diam

30.   Melukah : Kain yang dipakai terbuka

31.   Menganjing : Mengada-ada

32.   Motong : Menoreh getah

33.   Mamai : Pening-pening semasa bangun tidur

34.   Manis meleting : Teramat manis
        Contoh : Senah! Aok taruk gula berapa tan dalam air nie? Manis meleting betoi!

35.   Mengekot : Tubuh berbaring dengan badan bengkok

36.   Mengaran, menajau : Menangkap ikan dengan mencacak tiang di tengah-tengah
                                              sungai. Kemudian, ikat tali tangsi dan mata kail untuk
                                              pemberatnya botol diikat bersama

37.   Merawei : Satu lagi cara menangkap ikan

38.   Mengoloh : Tolak balik/undur

39.   Mencelabak : Benda jatuh dalam jumlah yang banyak atau berat

40.   Melepam : Pahit/.masin/masam sangat

41.   Mencanak : Laju sangat

42.   Mek nye(matnya) : Kenapanya

43.   Malaih : Malas

44.   Mombong : Penuh

45.   Mengkane : Telekung sembahyang

46.   Mahana : Telekung sembahyang
        Contoh : Bok sini mahana tu! Bio kome basuh!

47.   Maru/maghu : Sama maksud dengan papalih/popalih/waba/bala
        Contoh : Maghu betul deme tu, tak dan-dan nok makan

48.   Meraba : Mencari guna tangan
        Contoh : Malam ni kome nak meraba di sungei

49.   Membung : Kembang /penuh
        Contoh : Poh, membungnya kocek deme dengan buah langsat

50.   Merumbu : Terlalu penuh/melimpah
        Contoh : Aok isi minyak dalam tong tu jangan sampai merumbu, karang tumpah pulak

51.   Mengkarap : Rosak /punah/habislah (Pekan dan Kuantan)
        Contoh : 1. Aok jangan godam (buat apa-apa) basikal kawan te. Habis mengkarap pulak
                           kang
                       2. Mengkarap kita kalau tok empat tau

52.   Mungkung : Bentuk seakan pinggan
        Contoh : Aok terap (susun) pinggan yang mungkung saja, yang leper tu tos dulu

Moh Belajo Cakap Pahang! - Bab 9 (L)


1.  Lat : Tenggang/jarak masa
     Contoh : Weh, jauh benor lat aok nok sampei ke sini?

2.  Lantak : Suka hati awak
     Contoh : Lantak aok la nak buat ape pun!

3.  Lacuh : Tempat yang banyak dilalui atau digunakan

4.  Lehet : Dipakai bagi buah labu
     Contoh : Nuar! Aok bagi lehet aki letok kat tepi pokok nu, ngantor ke moknye Seleman kat pekan sane 
                   te kejap!

5.  Lece : Tilam

6.  Lengit : Kalah teruk

7.  Ledut : Pekat

8.  Lejut : Basah teruk(lencun)
     Contoh : Eh, aok nie bakpe ke mari basoh lejut gini?

9.  Lepe : Biar /cuai
     Contoh : Eiii, pantang aku lepe siket....ade je yang ngambik! Bukannye gheti nak mintok!

10.   Lecoh : Becak
        Contoh : Wokme, tengok jalan nu..lecoh banyok!

11.   Leweh : Lemah longlai(cakap atau utk perbuatan)
        Contoh : Ngapenye Si Pojie nu leweh je nengok gayenye? Ade masaloh ke?

12.   Lembang(berlembang) : Sepah, berterabur

13.   Lensung : Keletihan, terlalu lemah

14.   Lebam birat : Lebam-lebam akibat dipukul

15.   Lembah : Air buangan kat dapur

16.   Lampu tak hidup : Lampu tak menyala
       Contoh : Yah, matnyer taknye hidup lampu tu weh!

17.   Lebe’ : Malu
        Contoh : Padan muke aok! Koi dah kabo...jangan dikaco Si Senah te...kan dah lebe'...

18.   Lepeh : Lipis (daerah)
        Contoh : La....aok nie bukan orang Temerloh ke? Lepeh ghupenye....

19.   Lenggek : Langgar /lenyek
        Contoh : Padi yang kaweh jemur kat jalan tu habis kena lenggek dek lori

20.  Leder : Cakap mengikut bunyi/lengguk suara
       Contoh : Matnyer dia tu cakap meleder aje!

Moh Belajo Cakap Pahang! - Bab 8 (K)


1.  Keknye : Tetapi/tapi
     Contoh : Kata rombongan nok sampai doh, keknye tak sampai-sampai lagi ni?

2.  Kas (dengar keh) : Saya (Jerantut, Lipis dan Raub)
     Contoh : Keh nok gi ke bandor kejap!

3.  Koi : Saya,aku (Temerloh dan Chenor je)
     Contoh : Koi suke makan derian, lagi-lagi kalau buat sambal tempoyak

4.  Kair : Ke air
     Contoh : Moh kite kair!

5.  Kome : Kami
     Contoh : Kome suka gi makan angin

6.  Kulo : Warna kelabu tahi anjing
     Contoh : Baju Pok Tam tu kulo sangat yek?

7.  Kehut,kehot,kehak : Letih, sengal
     Contoh : Adoih, bakpe koi rasa kehut sangat ni!

8.  Kerang : Menangis dengan sepenuh hati
     Contoh : Nine tengah kerang kat dalam bilik tu. Jangan le aok kaco dia pulok.

9.  Keri : Ketawa yang sangat kuat (sepenuh hati) sampai berguling-guling, meleleh air mata
     Contoh : Keri betul anak Peah tu! Ape yang lawok sangat tu?

10.   Kupik : Kedekut
        Contoh : Jangan lah kupik ngat ngan kredit... Mod!

11.   Kerapoh : Sisa-sisa/bersepah
        Contoh: 1.  Boh ke kawan kerapoh tulang-tulang ikan tu ye
                     2.  Bakpe kerapoh sangat rumoh deme ni?

12.   Kecah : Lecak
        Contoh : Tanah ni kecah la pulak! Cane nak buat keje ni?

13.   Karang : Nanti,sebentar lagi
        Contoh : Karang lah mok, koi kupas nyour tu

14.   Kelat : Tipu, bukan kelat buah
        Contoh : Tak aci sungguh! Deme main kelat!

15.   Kememe : Sama macam tembe

16.   Kekalu : Emping dibuat dari padi pulut
        Contoh : Koi nak gi ngumoh Mok Melah, makan kekalu. Sedap weh!

17.   Kerajat : (Maaf, tak tahu makna apa)

18.   Komeng : Nyiur/kelapa
        Contoh : Rumoh sape yang ada komeng lebih, Long? Mok nak buat kari

19.   Kuit/menguit : Sesuatu yang banyak/ramai
        Contoh : Ulat tu menguit sungguh! Takut kaweh tengok!

20.   Komoih : Gomol.
        Contoh : Jangan le komoih budak tu nak tido weh

21.   Kobek : Belek-belek.menyiasat (bukan untuk orang)
        Contoh :  Cik Zati tu suke sangat kobek rahsia orang lain!

22.   Kepok : Tempat simpan padi
        Contoh : Koi nok makan nasik, tapi kepok dah kosong

23.   Kehem/ Berkehem : Bersungguh-sungguh/keterlaluan
        Contoh : Cikgu tengok aok ni berkehem betul setiap kali cikgu bagi kerja sekolah

24.   Kodi/kudi : Ketinggalan zaman
        Contoh : Aok ni kodi betoi ler! Moh kite ke Pekan!

25.   Kipai : Letih /lenguh tangan

26.   Kahat : (Maaf, tak tahu makna apa)

27.   Kenit : Kecil

28.   Kederat : Upaya /tenaga

29.   Kuale : Hilir sungai / kawasan hilir (belah Pekan)

30.   Kohok : Letih
        Contoh : Kohok dah kaki kome sebok berdiri lama!

31.   Kerekoh : Cakar
        Contoh : Habis tangan budok tu kena kerekoh dek kera!

32.   Kilir : Ke hilir

33.   Kulu : Ke hulu

34.   Ke darat : Menghala jauh dari sungai

35.   Kerayan : Terkejut/panik/takut (Lipis dan Padang Tengku, Benta)
        Contoh : Kerayan kas tadi, ingat beruang atas pokok tue

Pesanan Kepada Semua Blogger

Mood Seharian Hamba