Salju Biru

Jumaat, 3 Ogos 2012

Rompin - Taman Negera Endau / Rompin



Batu tanda yang menyambut kedatangan pengunjung ke kawasan ini

Maklumat Berkaitan :
 Salah satu daripada sebilangan kecil hutan hujan tropika tanah pamah di Malaysia. Kawasan ini berkeluasan 50,000 hektar dan dianggarkan berusia sekitar 250 juta tahun. Kawasan in terkenal dengan mitos lagenda masyarakat setempat yang menjadi turut menjadi tarikan utama pelancongan di sini. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan unik seperti keruing, meranti, paku-pakis, periuk kera dan orkid hutan. Antara hidupan liar di sini pula adalah harimau Malaya, gajah, babi hutan, badak sumbu Sumatera, binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon). Terdapat juga air terjun antaranya Air Terjun Buaya Sangkut, berketinggian 120 meter.


Kawasan air terjun yang berdekatan dengan tapak perkhemahan Upeh Galing

Lokasi :
Terletak di kawasan sempadan atau legeh Sungai Endau dan Sungai Rompin, yang mana merupakan sempadan di antara negeri Pahang dan Johor.
Dari Kampung Peta - menaiki bot kecil selama 40 minit untuk tiba di kawasan perkhemahan Kuala Jasin.
Air Terjun Buaya Sangkut - berjalan kaki selama 6 jam.


Kawasan Tasik Biru yang menjadi salah satu tarikan pengunjung

Kemudahan :
Perkampungan orang Asli Jakun (homestay), tapak perkhemahan di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Galing dan Kuala Marong, pusat pertanyaan, tandas awam dan surau.


Tapak perkhemahan yang disediakan untuk keselesaan pengunjung

Waktu pembukaan :
Dibuka sebelum musim hujan iaitu sebelum bulan November sehingga Mac.
Pada musim ikan bertelur pada bulan September hingga Oktober pula, pengunjung tidak dibenarkan memancing ikan.


Aktiviti berkayak merupakan aktiviti yang wajib dijalankan oleh pengunjung

Aktiviti :
Berkhemah, pengembaraan / berjalan di dalam hutan, memancing, berkayak, memanjat bukit, berbasikal lasak dan mandi manda

Rompin - Pantai Hiburan



Papan tanda menunjukkan Selamat Datang kepada pengunjung

Maklumat Berkaitan :
Berdekatan bandar Kuala Rompin, berada di dalam laluam Johor Bharu ke Kuantan. Kedudukannya juga berdekatan dengan Rompin Beach Resort.


Kawasan istirehat dan tempat letak kereta berhampiran pantai

Lokasi :
2 km dari bandar Baru Rompin


Kawasan pesisir pantai yang bergemulung ombak putihnya

Kemudahan :
Gerai makanan segera dan masakan panas, kemudahan reakreasi dan tandas awam.



Gerai makanan yang disediakan untuk kemudahan pengunjung

Kuantan - Natural Batik Village



Susunan kawasan jualan barangan-barangan yang diperbuat daripada batik (boleh beli)

Maklumat Berkaitan :
Sebuah perniagaan dan juga kawasan pembuatan batik di negeri Pahang. Mempunyai banyak pilihan berkaitan dengan kraf tangan batik, daripada kain sehinggalah kepada pakaian, saguhati dan juga cenderamata. Dikendalikan oleh pengusaha En Ghazali dan juga Pn Lee. Merupakan sebuah tempat pembuatan hasil kraftangan batik, sama ada untuk pemasaran bagi kawasan berhampiran Kuantan atau untuk lawatan pelancongan. Kawasan ini juga merupakan salah satu kawasan pilihan pelancongan di negeri Pahang.

Lokasi & Alamat :
Lot 4898, Batu 9 1/2, Jln Kemaman, Kampung Chengal Lempong, 26100 Balok, Kuantan, Pahang Darul Makmur


Program melukis / membuat batik turut disediakan (boleh diminta oleh pengunjung dalam atau luar negara)

Kemudahan :
Restoran (Ditutup pada setiap Jumaat), surau, tandas, galeri seni batik (boleh membeli karya yang dipamerkan), ruang jualan dan ruang studio pembuatan batik. Pelancong juga boleh dapat menjalankan aktiviti melihat proses pembuatan batik dan program membuat /melukis batik.


Hasil batik yang hampir selesai disiapkan oleh pereka batik yang terlatih

Bayaran :
Aktiviti melihat proses pembuatan dan program membuat / melukis batik - tidak diketahui, terdapat dalam pakej yang disediakan

Waktu pembukaan :
Isnin - Ahad (9 pagi sehingga 7 petang)

Nota :
No.Tel / No.Fax - 095447335
Laman Web - www.batikfactory.com.my
E-mail - naturalbatik@yahoo.com

Kuantan - Taman Teruntum



Papan tanda Zoo yang diletakkan berhampiran kandang Beruang Madu (Honey Bear)

Maklumat Berkaitan :
Taman Teruntum telah diwujudkan untuk menjadi tempat reakreasi untuk warga kota Kuantan selain Pantai Teluk Chempedak. Kawasan ini merupakan gabungan taman dan zoo mini, di mana disediakan segala kemudahan reakreasi dan juga kawasan penyimpanan / kandang haiwan. Haiwan yang terdapat di sini dibawa daripada zoo berhampiran.

Lokasi :
Terletak berhampiran dengan Pantai Teluk Chempedak.



Kemudahan reakreasi yang disediakan oleh pihak MPK

Kemudahan :
Gerai makanan dan minuman, tandas awam, pengangkutan kuda (kuda padi), kawasan riadah dan zoo mini.
Boleh bergambar dengan spesis ular sawa kuning dan ular bakau yang disediakan.



Kemudahan untuk menaiki kuda padi juga disediakan (berdekatan pintu masuk taman)

Bayaran :
Masuk adalah percuma
Bayaran sebanyak RM5 untuk menaiki kuda padi (bagi kanak-kanak) dan RM10 (dewasa)



Penulis bersama dengan ular sawa kuning - bayaran dikenakan untuk bergambar dengannya

Waktu pembukaan :
8.00 pagi sehingga 5.00 petang (Selasa - Ahad)
Cuti (Isnin)

Kuantan - Taman Bakau



Kawasan taman bakau yang masih belum diterokai

Maklumat Berkaitan :
Taman Bakau merangkumi kawasan seluas 339 hektar akan memberi anda pengalaman menikmati keindahan alam 'hijau' di sepanjang Sungai Kuantan. Dipercayai telah wujud sejak 500 tahun lalu.

Lokasi :
Terletak di tengah-tengah bandar Kuantan dan boleh dibawa ke sana menggunakan perkhidmatan bot.

Kemudahan :
Pengunjung boleh membuat 2 jarak pilihan, iaitu sejauh 250 meter dan 750 meter dan dikenakan bayaran yang berpatutan. Terdapat sebuah menara pemerhati setinggi 40 meter, bagi melihat pemandangan persekitaran dengan lebih dekat, terutama spesis flora dan fauna yang hidup dalam ekosistem paya bakau.


Kuantan - Pantai Cherating



Kawasan pesisir pantai Cherating yang bersih dan lautan yang membiru

Maklumat Berkaitan :
Kampung lama Cherating menggabungkan unsur-unsur lama dengan yang moden. Sebatang jalan sepanjang kira-kira 1 km selari dengan pantai di sini dipenuhi deretan chalet yang comel dan selesa yang kebanyakannya menghadap pantai. Kampung ini turut digelar sebagai "Syurga Peluncur" sejak tahun 1970-an.



Kawasan bermain bola pantai yang telah disediakan

Lokasi :
Terletak di pesisir pantai selepas Pelabuhan Kuantan, iaitu sebelum menyeberangi sempadan antara negeri Pahang - Terengganu. 



Pengunjung yang berminat untuk meluncur juga boleh melepaskan gian dengan menyertai kegiatan yang telah disediakan. Malah boleh bertukar-tukar pengalaman dengan peminat sukan luncur yang banyak berkumpul di kawasan ini, sama ada dari dalam atau luar negara yang turut bercuti di sini

Kemudahan :
Pelbagai tempat penginapan di sepanjang pesisir pantai Cherating, kombinasi ombak laut yang bergulung (sesuai untuk aktiviti meluncur air), pantai yang bersih dan putih, pelbagai pilihan tempat untuk memakan makanan / masakan laut yang murah dan lazat serta hiburan malam yang istimewa (tersedia di kawasan tempat penginapan dan terdapat dalam pakej penginapan sedia ada)


Kawasan pantai yang bersih dan nyaman menanti untuk dilawati

Pesanan Kepada Semua Blogger

Mood Seharian Hamba