Salju Biru

Isnin, 26 Mac 2012

Jerantut - Lembah Kiol



Pengunjung sedang bermandi manda di Lata Meraung yang terdapat di Lembah Kiol

Maklumat Berkaitan :
Dikelilingi oleh Hutan Hujan Tropika, malah mempunyai air terjun yang dipanggil Lata Meraung. Kawsan ini menjadi kawasan perkelahan, alam semulajadi, seni tanam landskap, tempat memancing, paver footpaler, tangga dan tempat beriadah dan juga kegiatan sukan. 

Lokasi :
23 km dari bandar Jerantut, menuju ke jalan Benta-Jerantut.


Kawasan Lata Meraung yang menjadi tumpuan pengunjung

Nota :
Kemudahan kedai makanan tiada di kawasan ini. Sila bawa makanan dan minuman sendiri. Pada musim panas, air sungai cetek dan jika musim hujan, kawasan ini berbahaya untuk didekati.

Jerantut - Gua Kota Gelanggi



Bahagian hadapan Gua Tongkat, iaitu salah satu gua yang terdapat di sini

Perkara Berkaitan :
Setiap gua di sini dikenali dengan nama-nama kota iaitu Kota Tongkat, Kota Kepayang, Kota Rehut, Kota Gelap, Kota Angin, Kota Jin dan Kota Bata. Gua ini seringkali dikaitkan dengan kehidupan masyarakat bunian (makhluk halus) dan juga Sang Kelembai, makhluk sakti yang gemar menyumpah sesuatu menjadi batu. Di sini terdapat pelbagai bentuk batu yang menyerupai seperti manusia sedang bersanding, ular, singa dan sebagainya. Pada 1981, terdapat ekspedisi arkeologi telah dijalankan oleh Muzium Negara yang menunjukkan bukti kewujudan manusia zaman purba yang pernah menetap di sana. Gua ini juga dikatakan merupakan tempat persembunyian Maharaja Dewa Sura (pemerintah yang diangkat oleh Siam untuk memerintah Pahang) apabila diburu oleh angkatan Sultan Mansur Shah pada abad ke-15. Malah, pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau dan Datuk Bahaman juga dikatakan pernah berlindung di sini sebelum bertolak ke Terengganu untuk menyembunyikan diri daripada British. Tempat ini berhampiran dengan Kampung Pulau Tawar, iaitu tempat kelahiran Mat Kilau.


Sebahagian gua yang terdapat di sini

Asal-Usul Kewujudan Kota Gelanggi :
Dipercayai nama Kota gelanggi berasal daripada perkataan Siam iaitu Klang Kio atau Gelang Gio.

Lagenda Berkaitan Kota Gelanggi :
Kawasan ini pada zaman dahulu diperintah oleh seorang Raja bernama Raja Gelanggi yang mempunyai seorang puteri yang cantik dan menawan. Anak Raja Mambang yang berasal dari Lipis telah melamar puteri tersebut, namun puteri pula telah jatuh cinta dan bersetuju untuk mengahwini anak Raja Usul yang berasal dari Bera yang ditemuinya ketika anak Raja itu berburu di hutan. Perkara ini diketahui oleh anak Raja Mambang yang kemudiannya melanggar kerajaan Bera. Akhirnya kemenangan berpihak pada anak Raja Usul yang berjaya membunuh anak Raja Mambang, dan berkahwin dengan puteri Gelanggi.


Keunikan reka bentuk gua yang menarik perhatian pengunjung

Lokasi :
Terletak kira-kira 25 km dari bandar Jerantut, dengan menaiki kereta.


Bahagian dalam gua apabila diterangi cahaya luar

Perkara Unik Di Sini :
Terdapat pelbagai jenis gua yang dinamakan sempena dengan 'sumpahan' Sang Kelembai, iaitu Gua Tongkat, Gua Angin, Gua Batu Sanding, Gua Kota Balai, Gua Penyu dan Gua Kelawar.


Jumaat, 16 Mac 2012

Lipis - Batu Penanda Sukatan Jarak Semenanjung Malaysia


     Batu penanda ini merupakan penanda aras sukatan geografi bagi menentukan jarak tempat di seluruh Semenanjung Malaysia. Batu penanda ini mempunyai tanda '0' pada permukaan batuan yang menandakan permulaan bacaan yang bermula dari kawasan tersebut. Batu ini terletak berdekatan dengan Pejabat Pos Kuala Lipis dan menghadap jalan besar bandar Lipis dan bertentangan dengan Maybank Kuala Lipis. Sangat mudah untuk dikenal pasti kerana ia hanya satu-satunya batu penanda jarak jalan di Lipis yang bertanda '0' pada permukaannya.


Batu penanda jarak yang terletak bersebelahan dengan Pejabat Pos Kuala Lipis


Pesanan Kepada Semua Blogger

Mood Seharian Hamba