Salju Biru

Isnin, 26 Mac 2012

Jerantut - Kubur Pahlawan Pahang Mat Kilau



Papan tanda mengesahkan kawasan perkuburan

Pengenalan Pahlawan Pahang :
Dilahirkan pada tahun 1865 atau 1866 di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut. Merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Bapanya adalah salah seorang Orang Besar Pahang, Imam Rasu yang turut dipanggil sebagai Tok Gajah dan ibunya bernama Teh Manda, anak kepada Tok Kaut, Burau. Mat Kilau semasa mudanya dikenali kerana kepandaian dan kemahirannya dalam Dikir Pahang, Jurumudi Gasing (orang terakhir memangkah gasing), Tukang Hencang (permainan berlaga buah keras) dan Tok Peran (ketua semasa berburu di hutan). Berkahwin ketika berusia 20 tahun dengan Yang Chik binti Imam Daud dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Beliau mempunyai pemikiran yang matang, terbuka, jujur namun tegas dalam keputusannya; malah disegani oleh pihak tempatan dan British.


Batu penanda yang menyatakan mengenai catatan ringkas Mat Kilau

Membantu dalam perjuangan Dato' Bahaman untuk membebaskan Pahang dari cengkaman British, bersama ayahnya tetapi gagal. Mereka terpaksa melarikan diri ke sempadan Siam dengan perlindungan politik daripada Sultan Terengganu. Beliau berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sehingga akhirnya menetap di Batu 5, Jalan Gambang, Kuantan. Beliau menggunakan beberapa nama antaranya Mat Din dan Mat Siam. Beliau juga sempat menyambut kemerdekaan pada tahun 1957, yang disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan olehnya; yang merupakan satu-satunya pejuang Pahang yang masih hidup ketika itu. Pada 26 Disember 1969, bersamaan hari Jumaat selepas selesai menunaikan Solat Jumaat, beliau mengumumkan bahawa dirinya adalah Mat Kilau di Kampung Masjid, Pulau Tawar.



Beliau meninggal dunia pada 10 Ogos 1970, iaitu 4 hari selepas pengesahan identitinya diisytiharkan secara sah oleh Menteri Besar Pahang. Ketika itu, beliau dipercayai berusia kira-kira 123 tahun. Jasad beliau disemadikan di kampung kelahiran beliau dan dipelihara dengan baik sehingga kini.


Tiada ulasan:

Pesanan Kepada Semua Blogger

Mood Seharian Hamba