Salju Biru

Khamis, 29 Mac 2012

Kuantan - Pantai Balok



Bendera yang diletakkan di hadapan pusat rekreasi yang dinyatakan

Maklumat Berkaitan :
Pantai Balok merupakan salah sebuah tempat peranginan di Kuantan. Kawasan ini terletak berhampiran dengan Pantai Batu Hitam dan juga Pantai Beserah. Selain itu, kedudukannya adalah terletak berhampiran dengan jalan, yang mana memudahkan pengunjung untuk singgah dan mengadakan aktiviti.

Lokasi :
15 km dari bandar Kuantan, dan terletak berhampiran jalan menuju ke Chukai.


Kawasan tepi pantai yang dijaga kebersihan dan keindahannya

Kemudahan Yang Disediakan :
Sekiranya hendak mengadakan pelbagai aktiviti yang berkaitan terutama secara berkumpulan, dicadangkan supaya menggunakan perkhidmatan dari Pusat Rekreasi Air Pantai Balok yang dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Kuantan. Antara kemudahan yang disediakan adalah tempat berkhemah, tempat berkelah, tempat rehat, restoran, sebuah asrama yang boleh memuatkan 40 orang (lelaki dan perempuan), taman permainan kanak-kanak dan bilik berfungsi yang dijadikan sebagai tempat seminar dan mesyuarat.


Antara aktiviti yang dijalankan di pantai ini

Waktu Kehadiran :
Aktiviti berenang hanya dibenarkan di antara bulan Oktober dan Mac. Keadaan ini disebabkan keadaan ombak yang tinggi terutama musim hujan atau Monsun Timur Laut melanda.


Pengunjung yang sedang bermandi manda

Aktiviti Yang Dijalankan :
Berkhemah, berkelah, permainan pantai, bermain layang-layang, menikmati kehidupan nelayan dengan melawat kawasan bot dan bermain layar.

Pihak Yang Boleh Dihubungi :
Pusat Rekreasi Air Pantai Balok,
Pantai Balok, Kuantan, Pahang Darul Makmur
No.Tel : 09-5448371 / No.Faks : 09-5448497


Tiada ulasan:

Pesanan Kepada Semua Blogger

Mood Seharian Hamba