Salju Biru

Khamis, 15 Mac 2012

Lipis - Homestay Kampung Kuala Medang



Papan tanda menunjukkan jarak untuk ke homestay Kuala Medang

Maklumat Berkaitan :
Sebuah perkampungan Melayu yang masih mengekalkan cara-cara kehidupan tradisional masyarakat Pahang, terutama adat istiadat, permainan dan bahasa Pahang Hulu yang masih tebal oleh penduduknya. Persekitarannya masih mengekalkan keindahan alam sekitar dengan hutan yang masih belum diteroka, memberikan peluang kepada pelancong dalam dan luar negara untuk menghabiskan percutian di sini. Merupakan salah satu daripada 'homestay' yang ada di negeri Pahang serta di dalam Malaysia, dan sangat popular di negeri Pahang khususnya di Lipis.

Lokasi :
Kawasan penempatan adalah di kawasan pedalaman yang agak jauh dari kesibukan bandar.
Kereta = 51 km daripada bandar Kuala Lipis
Bas = 51 km daripada bandar Kuala Lipis (Stesen bas terdapat di tengah bandar lama Kuala Lipis); menaiki bas 'angkut-angkut'; setelah menaiki bas ekspress dari KL- Kuala Lipis (melalui daerah Bentong dan Raub / Temerloh-Jerantut-Kuala Lipis)
Teksi = 51 km daripada bandar Kuala Lipis (Stesen teksi terletak berhampiran stesen bas)
Kereta Api = Menaiki kereta api dari Stesen Kereta Api Mentakab ke Stesen Kereta Api Kuala Lipis

Aktiviti Yang Dijalankan :
Mengikut pakej yang telah ditetapkan oleh pihak 'homestay'


Kawasan pesisir Sungai Jelai bagi laluan bot

Bayaran :
Pakej 1 - 2 Hari 1 Malam
Harga - RM200.00* seorang (terhad kepada 30 orang sahaja); meliputi kemudahan Keluarga Angkat bersama dengan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam
Aktiviti - Melawat sekeliling kampung, melawat kebun penduduk dan memakan hasil buah salak, persembahan tarian Sewang, demontrasi dan bermain permainan gasing tradisional, demontrasi dan membuat anyaman tikar dan pengangkutan menggunakan bot atau berakit sepanjang sungai Jelai.


Salah satu demontrasi yang ditawarkan di homestay ini

Pakej 2 - 2 Hari 1 Malam
Harga - RM110.00* seorang (terhad kepada 30 orang sahaja); meliputi kemudahan Keluarga Angkat bersama dengan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam
Aktiviti - Melawat sekeliling kampung, melawat kebun penduduk dan memakan hasil buah salak, persembahan tarian Sewang, demontrasi dan bermain permainan gasing tradisional serta demontrasi dan membuat anyaman tikar.


Penduduk bersama hasil tuaian yang diusahakannya

Pakej 3 - 3 Hari 2 Malam (Kehidupan Sebenar Petani)
Harga - RM260.00* seorang (terhad kepada 30 orang sahaja); meliputi kemudahan Keluarga Angkat bersama dengan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam
Aktiviti - Melawat sekeliling kampung, melawat kebun penduduk dan memakan hasil buah salak, melawat ladang getah penduduk dan melakukan demontrasi menoreh getah, persembahan kebudayaan, memancing dan sukan mini bersama penduduk kampung.


Pelancong boleh berakit menggunakan buluh menyusuri Sungai Jelai


Pakej 4 - 4 Hari 3 Malam (Menikmati Keindahan Alam Sekitar)
Harga - RM370.00* seorang (terhad kepada 30 orang sahaja); meliputi kemudahan Keluarga Angkat bersama dengan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam
Aktiviti - Melawat sekeliling kampung, melawat kebun penduduk dan memakan hasil buah salak, melawat perkampungan Orang Asli, menaiki bot dan meredah sungai, melawat Pusat Perindustrian Kecil dan Sederhana (IKS untuk memproses dan cenderamata), persembahan kebudayaan, demontrasi dan bermain permainan gasing tradisional, demontrasi dan membuat anyaman tikar dan demontrasi menoreh getah di ladang.


Aktiviti berkayak berkumpulan turut disediakan dalam pakej

Pakej 5 - 3 Hari 2 Malam (Berakit di sepanjang Sungai Jelai)
Harga - RM280.00* seorang (terhad kepada 30 orang sahaja); meliputi kemudahan Keluarga Angkat bersama dengan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam
Aktiviti - Melawat sekeliling kampung, persembahan kebudayaan, berakit menggunakan buluh di sepanjang Sungai Jelai, mengembara di dalam hutan dengan pemandu arah dan melawat perkampungan Orang Asli.



Aktiviti menjelajah hutan yang menarik dan sangat ekstrem untuk dilalui


Pakej 6 - 3 Hari 2 Malam (Menikmati Kehidupan Di Perkampungan Tradisional)
Harga - RM260.00* seorang (terhad kepada 30 orang sahaja); meliputi kemudahan Keluarga Angkat bersama dengan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam
Aktiviti - Melawat sekeliling kampung, melawat Pusat Perindustrian Kecil dan Sederhana (IKS untuk memproses dan cenderamata), demontrasi dan bermain permainan gasing tradisional, demontrasi dan membuat anyaman tikar, melawat ladang getah penduduk dan melakukan demontrasi menoreh getah, memancing, sukan mini dan persembahan kebudayaan.


Aktiviti berkayak yang mendapat bimbingan dan pemerhatian daripada pemandu arah


* - Harga masih boleh dirundingkan dengan pihak homestay

Tempahan Boleh Dibuat Menerusi :
Tuan Haji Mohd Razaki bin Abdul Razak
E-mail = razakirazak@yahoo.com / homestaykualamedang@yahoo.com
No. tel = +60129005828; No. Faks = +6093313333
Alamat = Homestay Kuala Medang, Pejabat Penghulu Mukim Ulu Jelai, Kuala Medang, 26750 Kuala Krau, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur

Tiada ulasan:

Pesanan Kepada Semua Blogger

Mood Seharian Hamba