Maklumat Berkaitan Kawasan Ini :
Pusat Pemuliharaan Gajah ini dibuka bagi membolehkan pengunjung bersama-sama menghayati keindahan alam sekitar bersama-sama gajah. Gajah ini merupakan gajah-gajah liar yang dijinakkan setelah ditangkap dan dibawa oleh Perhilitan. Kebanyakan gajah-gajah ini ditangkap kerana menceroboh ladang petani / peladang di kampung dan Felda. Setelah dilatih dan dijinakkan, barulah dihantar ke pusat ini.
Lokasi :
Terletak berhampiran Bukit Rengit dan DeerLand
Kira-kira 49.1 km daripada bandar Temerloh;
Kira-kira 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur (melalui Lebuhraya Pantai Timur KL-Kuantan)
Masa Beroperasi :
Isnin hingga Ahad (termasuk cuti umum)
8.00 pagi sehingga 4.30 petang
Bayaran :
Tiada bayaran, hanya perlu memberi sedikit sumbangan kepada pihak terbabit dan mendaftar nama di buku pendaftaran yang disediakan. Dua jenis sticker disediakan dan jumlahnya adalah terhad.
Aktiviti Yang Dijalankan :
Dua jenis sticker yang diberi mempunyai fungsi yang berbeza.
Sticker Merah = Aktiviti memberi makan gajah dan duduk di ruang pemerhati sahaja
Sticker Kuning = Aktiviti memberi makan gajah, memandikan gajah dan menunggang gajah
Aktiviti memandikan gajah bermula pada jam 2.00 petang.
Aktiviti menunggang gajah
Pihak yang boleh dihubungi :
Pihak Pengurusan Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah
No.Tel = +60390752872, No.Faks = +60390752873
Aktiviti memandikan gajah
Pihak yang boleh dihubungi :
Pihak Pengurusan Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah
No.Tel = +60390752872, No.Faks = +60390752873
Tiada ulasan:
Catat Ulasan