Salju Biru

Khamis, 15 Mac 2012

Temerloh - Pekan Sehari Temerloh



Barangan jualan yang pelbagai terdapat di Pekan Sehari Temerloh

Perkara Berkaitan Dengan Kawasan :
Pekan sehari ini menjual pelbagai barangan sama ada barangan makanan yang sudah dimasak, atau barangan makanan yang kering, mentah dan segar. Selain itu, barangan elektrik, pakaian dan barangan yang diperlukan di rumah terdapat di dalamnya; membolehkan pengunjung membeli barangan dengan pilihan yang banyak dan harga yang murah dan berpatutan. Merupakan pekan sehari yang paling besar dan meriah berbanding daerah Maran, Bera dan Jerantut.


Keadaan Pekan Sehari Temerloh pada tahun 1975 

Keistimewaan :
Pengunjung berpeluang menemui pelbagai jenis ulam-ulaman kampung yang boleh jarang ditemui serta dapat membeli ikan patin berlainan jenis yang segar dengan harga berpatutan dan boleh ditawar.

Lokasi :
Sepanjang lorong berhadapan Dataran Patin sehingga ke jalan besar berhadapan dengan Stadium Mini Temerloh.


Keadaan Pekan Sehari Temerloh pada masa kini, lorong berdekatan Dataran Patin

Hari Dan Masa :
Setiap hari Ahad, bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang

Tiada ulasan:

Pesanan Kepada Semua Blogger

Mood Seharian Hamba