Salju Biru

Khamis, 15 Mac 2012

Temerloh - DeerLand


Pintu hadapan DeerLand yang menyambut kehadiran pengunjung

Permulaan Penubuhan :
DeerLand atau Taman Rusa bermula melalui idea En.Abdullah Ahmad bin Mahmud, iaitu pemilik taman ini. Beliau telah mengeluarkan bajet dengan menggunakan wang sendiri bagi membolehkan beliau membina serta menyelenggara tempat ini. DeerLand siap dibina sepenuhnya pada bulan Mac 1996 dengan keluasan kira-kira 10 ekar persegi. 

Lokasi :
Berdekatan kawasan Lanchang, Temerloh. Jarak dari bandar Temerloh ialah 50.5 km.

Waktu Beroperasi :
11.00 pagi sehingga 6 petang (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Sabtu dan Ahad)
Ditutup pada hari Jumaat

Bayaran :
Dewasa = RM5.00
Kanak-Kanak (bawah 12 tahun) = RM3.00
Pelancong Luar Negara (Dewasa & Kanak-Kanak) = Bayaran 2 kali ganda bayaran pengunjung biasa (Dewasa & Kanak-Kanak)
Kumpulan = Bergantung kepada jumlah ahli kumpulan.

Matlamat Utama :
 1. Membantu pihak kerajaan terutama pihak kerajaan negeri mengekalkan kesemua hidupan liar yang semakin pupus, terutama haiwan yang terdapat di kawasan hutan negeri Pahang. 
2. Orang ramai dapat menikmati keindahan alam semulajadi di samping memahami habitat yang turut ada di dalam hutan tersebut.

Konsep Penubuhan :
Membolehkan manusia bermesra dengan alam semulajadi dengan mengekalkan "Nature Back To The Nature".


Tupai Terbang turut terdapat di sini; sangat jinak dan boleh dipegang

Kawasan-Kawasan Yang Terdapat Di DeerLand :
1. "ANIMAL WORLD" - Pengunjung boleh menyaksikan haiwan-haiwan seperti Burung Unta, Rusa Timur, Rusa Nilga (khas dibawa dari India), Itik Kayu (khas dibawa dari Kanada), Beruang dan burung-burung liar dari pelbagai spesis yang banyak terdapat di kawasan ini.
2. "DEERLAND NATURE" - Pengunjung akan diperkenalkan kepada pokok-pokok herba yang terdapat di sini mengikut kesesuaian umur pokok.
3. "RAN" - Pengunjung akan dibawa ke pondok pemerhati bagi memerhati rusa di habitat semulajadi mereka sambil bersantai.
4. "DEERLAND JUNGLE TEA GARDEN" - Pengunjung dibawa ke sini boleh menikmati air herba yang telah disediakan oleh pengusaha.


Pengunjung memberi makan anak beruang yang agak jinak


Penjaga sedang memberi makanan kepada anak beruang


Pengunjung akan diberi kesempatan untuk memberi minum kepada anak beruang dengan ditemani oleh penjaganya


Pengunjung juga akan diberi peluang memberi makan rusa di taman ini.


Sebahagian pengunjung bersama rusa-rusa yang jinak dan boleh diambil gambar

Spesimen Herba-Herba Yang Ada :
1. JANGGUT ADAM - Herba yang baik digunakan bagi merawat kencing manis.
2. KACIP FATIMAH - Herba kesihatan yang baik digunakan bagi kesihatan fizikal dan dalaman wanita.
3. POKOK PELURUH - Herba yang digunakan bagi merawat wanita yang mengalami masalah keuzuran; 'datang bulan'.
4. PIKERING - Herba yang digunakan bagi merawat masalah senggugut pada sebahagian wanita.
5. PENJARANG - Herba yang digunakan oleh suami isteri iaitu bagi merancang keluarga.

Aktiviti Yang Disediakan :
Pertandingan Menyumpit, Jungle Tracking, Networking, Kelas Memerhati Burung, Kelas Memasak, Night-Walk, Memancing dan Jogging.

Nota :
Para pengunjung perlu membuat tempahan terlebih dahulu; 1 Minggu sebelum tarikh lawatan dibuat.
Telefon = +609-2779305 atau +6012-9627249
E-mail = deer_land@hotmail.com atau kraunaturepark@yahoo.com.my.
Alamat = No.67, Jalan Zabidin, 28400 Mentakab, Pahang Darul Makmur.

Tiada ulasan:

Pesanan Kepada Semua Blogger

Mood Seharian Hamba