Salju Biru

Khamis, 15 Mac 2012

Temerloh - Pusat Pemuliharaan Seladang



Papan Tanda Di Hadapan Pusat, Menyambut Kedatangan Tetamu Yang Berkunjung

Perkara Mengenai Tempat Ini :
Pusat ini merupakan pusat bagi menjinakkan seladang liar yang ditangkap, terutama seladang liar yang berkeliaran atau ditemui sesat ke dalam kawasan perkampungan. Keadaan ini disebabkan bagi mengelakkan kepupusan seladang Malaya yang jarang ditemui kini, terutama di kawasan hutan hujan Khatulistiwa. 



 

Sebahagian seladang yang mendiami pusat ini

Perkara Berkaitan Dengan Penempatan Seladang :
Terdapat 35 ekor seladang setakat ini di dalam ladang, dan ditempatkan di dalam 5 buah kandang besar. Tetapi ada juga beberapa ekor seladang yang telah dipindahkan. Setiap ekor seladang diberi nama mengikut jantina, antaranya Noni, Pooja, Ciku, Mawar, Michael, Ogy dan lain-lain. Tarikh mereka ditempatkan turut dinyatakan. Setiap kandang dilengkapi dengan besi yang kukuh, sebagai langkah keselamatan. Ini membolehkan pengunjung melihat seladang dengan lebih dekat.


Seladang ditempatkan di dalam kandang besi yang kukuh


Pengunjung diberi peluang untuk berjalan-jalan di kawasan berdekatan dengan seladang

Lokasi :
Felda Jenderak Selatan, Kuala Krau 

Masa Melawat :
Isnin hingga Khamis = 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Jumaat = 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 4.00 petang
Sabtu dan Ahad (termasuk cuti umum) = 9.30 pagi hingga 3.00 petang

Bayaran :
Percuma

Cara Untuk Ke Sini :
Kereta = Sama ada melalui jalan Persekutuan daripada Temerloh atau Jerantut.
Kereta Api = Berhenti di Stesen Kereta Api Kuala Krau, sekiranya menaiki gerabak dari Mentakab


Tiada ulasan:

Pesanan Kepada Semua Blogger

Mood Seharian Hamba